Penyokong Desak Presiden

KOTA BHARU: Kelab penyokong bola sepak Kelantan, The Red Warrior KLIA (TRWC KLIA) mend3sak Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada individu lain memimpin persatuan itu.

Presiden TRWC KLIA, Rozaki Ab Kadir, berkata dua pemimpin itu perlu memberikan kata pvtus kerana keputusan ‘merehatkan’ mereka daripada menguruskan KAFA tidak memberikan kesan bagi membantu kem3lut yang dihadapi oleh persatuan berkenaan.

“Berehat…bermakna jawatan itu akan terg4ntung dan menyuk4rkan pengurusan KAFA untuk melantik presiden dan timbalan presiden yang baharu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Rozaki berkata peletakan jawatan oleh kedua-dua pemimpin itu penting bagi memudahkan KAFA melantik individu lain untuk merancang hal tuju TRW dan persatuan itu pada sa!ngan Liga Malaysia (Liga M).

Sebelum ini, KAFA merehatkan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Afandi daripada menguruskan persatuan itu yang ‘t3nat’ dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan masalah kewangan.

Sumber-BH