Perak Boleh Sekat JDT

Skuad Pahang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Kemenangan itu amat bermakna buat skuad Tok Gajah yang kini berada di zon lebih selamat dalam saingan Liga Super.

Sebaliknya, kekalahan itu menyaksikan peluang Lang Merah untuk mengejar JDT di persada liga berkubur.

Ketika ini, hanya Perak boleh menyekat JDT daripada merangkul kejuaraan tetapi peluang mereka tipis dengan syarat memenangi dua baki perlawanan dengan jaringan besar sambil mengharap Harimau Selatan tumbang.

Pada perlawanan itu, Kedah terlebih dahulu meng3jutkan tuan rumah apabila mendahului 1-0 hasil jaringan penyerang import, Tchetche Kipre yang menewaskan penjaga gol, Helmi Eliza Elias pada minit ke-15.

Pahang yang ketinggalan menggandakan as4kan ke kubu lawan tetapi berjaya dikawal dengan baik jentera pertahanan.

Namun, lima minit sebelum separuh pertama tamat, pemain import Tok Gajah, Adam Reed menjaringkan gol penyamaan selepas menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd Shahril Sa’ari.

Seminit sebaik babak kedua bersambung, pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim memastikan Pahang mendahului Kedah 2-1.

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/09/735528/pahang-benam-kedah