Perkembangan Positif

KETIKA tempoh pembayaran Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) berkaitan tungg4kan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus berakhir 23 Mei lalu, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) tampil ‘menyel4matkan’ badan induk bola sepak negeri itu untuk tempoh sekurangnya dua minggu.

Pengerusi Jawatankuasa Bert!ndak Kafa, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, CAS memberi tempoh lanjutan itu bermula pada 22 Mei lalu selepas wujudnya peruntukan khas merangkumi tempoh masa untuk memfailkan dokumen ak!bat pand3mik Covid-19.

“Lanjutan masa ini memberi tempoh lebih panjang kepada Kafa dalam persediaan kes rayuan terbabit. Ini juga satu perkembangan positif untuk Kafa dalam mencari jalan penyelesaian di samping mengaktifkan tabung derma atas talian bagi menyel4matkan bola sepak Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Kafa optimis CAS akan memberi ‘talian h4yat’ kepada persatuan itu membab!tkan isu tungg4kan gaji Cassio yang berjumlah RM629,620.28.

Meskipun gag4l mel4ngsaikan tungg4kan terbabit dalam tempoh ditetapkan, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang berakhir Sabtu lalu, Ahmad Muzakkir menjelaskan perkembangan terbaharu daripada CAS tampak memberi sedikit kelegaan kepada pihaknya. “Kita sudah melengkapkan segala proses dokumentasi yang diperlukan dan kita sudah mendapat maklum balas bahawa CAS pun sudah menerima dokumen kita kemukakan. Kita masih ada peluang dan masa kalau CAS menerima rayuan kita.”

Sementara itu, Kafa giat mencari alternatif lain di termasuk mengadakan perbincangan bersama Casio berkaitan pembayaran terbabit.