Perl4wanan Amal Bantu Lagenda Terengganu

BEKAS bintang terkemuka negara yang pernah menyarung jersi Terengganu dan Selangor bakal ber3ntap dalam perl4wanan amal bagi mengumpul sumbangan buat dua bekas legenda bola sepak skuad Penyu, Mohd Fadali Jalil dan Rosli Ishak yang kini terlantar akibat peny4kit dih!dapi mereka.

Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Terengganu (PBPBT) Mat Sedek Wahab berkata, perl4wanan amal antara bekas pemain skuad Penyu dan The Red Giants itu bakal berlangsung pada 15 Ogos ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Katanya, atas rasa keprihatinan untuk membantu mengumpul sumbangan dana bagi meringankan beban dua bekas pemain Terengganu itu yang kini terl4ntar sak!t, pihak persatuan bekas pemain negeri terpanggil untuk mengadakan perl4wanan itu.

Beliau berkata antara bekas pemain kebangsaan yang bakal beraksi dalam perl4wanan amal itu termasuk kapten negara, Rosdi Talib di samping Subri Sulong, Hairuddin Omar, Mohd Ashari Samsudin, Badrulhisham Abdullah, Anuar Jusoh, Norhisham Hassan, Mazuki Yusof, Nor Farhan Muhamad, Zairo Anuar Zailani, Othman Mat Khiar dan penjaga gol, Mohd Syamsuri Mustafa yang akan mewakili Terengganu.

“Manakala bekas pemain kebangsaan yang akan mewakili Selangor termasuk peny3rang Azman Adnan, Malek Rahman, Nizaruddin Yusof, Tengku Hazman Raja Hassan, Azrul Amri Burhan, Hardi Jaafar, Shahrin Majid, Nazrulerwan Makmor, Ivan Yusof, Talib Sulaiman dan penjaga gol Azizon Kadir.

“Walaupun perl4wanan tanpa penonton, peminat setia yang bermurah hati boleh menyumbang ke dalam tabung berkenaan yang akan diletakkan di luar stadium tempat duduk berbumbung,” katanya.

Mohd Fadali, 53 yang lebih mesra dipanggil Wek kini terl4ntar kerana masalah saraf dan jangk!tan kuman akibat k3ncing manis manakala Rosli, 59 diserang peny4kit str0k.

“Fadali yang beraksi di posisi pertahanan pada era 90-an manakala Rosli di jentera ser4ngan pada era 80-an adalah watak penting dalam skuad Terengganu pada ketika itu,” katanya.

Sumber-MH