Perlu Bersedia Hidup M4ti Bersama Pasukan, Bukan Untuk Dapatkan Populariti

KUALA LUMPUR: Ahli politik yang berhasrat menggunakan jawatan dalam kepimpinan organisasi bola s3pak bagi meraih populariti dan kepentingan peribadi disaran tidak bertanding mer3but jawatan pada pemilihan Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) bulan depan.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa berkata tidak salah sekiranya ada ahli politik mahu memegang jawatan dalam FAM, namun mereka perlu benar-benar profesional dan ingin memajukan bola s3pak negara.

“Kalau orang itu boleh menjadi pemudah cara dan membawa organisasi ke tahap lebih baik, bagi saya tiada masalah. Tapi kalau mereka sekadar memegang jawatan, namun tidak dapat menyumbang apa-apa, tak payahlah masuk bertanding.

“Jika hanya nak jawatan dan nama sahaja, itu bukan tempat dia melainkan kalau anda penuh etika dan tanggungjawab serta mempunyai perancangan yang konkrit untuk memajukan bola s3pak negara,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Akhbar ini semalam melap0rkan bekas Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi am4ran keras kepada ahli pol!tik supaya tidak meros4kkan bola s3pak negara dengan bertanding mer3but jawatan pada pemilihan FAM sempena kongres ke-57 badan induk itu bulan depan.

Mohd Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam berkata ahli politik sekarang perlu belajar daripada ahli politik sebelum ini dalam menguruskan pasukan bola s3pak dengan lebih baik dan profesional.

“Saya ambil senario yang berlaku di Kedah dan Perak. Sebenarnya yang menc4catkan rekod indah pasukan itu adalah per3butan politik, pertukaran kerajaan yang kerap kali.

“Tapi rekod indah mereka dulu pun dipeng4ruhi oleh orang politik. Jadi maksudnya orang politik dulu mempunyai lebih etika dari orang politik sekarang.

“Maksudnya ada tanggungjawab, profesional dan dia tidak meninggalkan legasi dengan hut4ng serta imej yang burvk. Itu yang ahli politik sekarang perlu belajar dari ahli politik lama.

“Mereka yang ingin memegang tampuk kepimpinan dalam pengurusan bola s3pak di Malaysia perlu bersedia hidup m4ti bersama dalam pasukan,” katanya.

Sumber-BH