PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengambil sikap lepas tangan terhadap pemain bola sepak yang mendapat tawaran menjalani latihan bersama akademi luar negara walaupun ia bukannya menerusi platform badan induk berkenaan.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengambil sikap lepas tangan terhadap pemain bola sepak yang mendapat tawaran menjalani latihan bersama akademi luar negara walaupun ia bukannya menerusi platform badan induk berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan bakat muda membabitkan Allee Putra Azril yang ditawar bermain di akademi bola sepak terkemuka Sepanyol, FC Malaga City dan Omar Raiyan Kama Azlan yang kini bersama kelab Serbia, Red Star Belgrade.

Beliau berkata, perkara terbabit dalam pengetahuan FAM dan akan memberikan bantuan sewajarnya jika mereka memerlukan.

“Ini adalah inisiatif sendiri dan kita akan memberikan sokongan berdasarkan keperluan pemain berkenaan.

“Pada masa sama kita akan berhubung dengan pihak berkaitan dan memantau perkembangan pemain terbabit,” katanya.

Arena Metro melaporkan Allee Putra Azril, 15, ditawar bermain di akademi bola sepak terkemuka Sepanyol, FC Malaga City.

Remaja itu mengg3mparkan dunia bola sepak negara selepas ditawar kontrak menjalani latihan di akademi elit itu selama dua tahun walaupun dia bukan pemain yang dikenali di Malaysia.

Seorang lagi yang bakal dilihat memperkuat skuad Bawah 19 tahun negara adalah Omar Raiyan Kama Azlan yang kini bersama kelab Serbia, Red Star Belgrade.

Omar, 15, yang beraksi di posisi tengah dan pernah bersama akademi Manchester City di Abu Dhabi dilaporkan berjaya memikat perhatian kelab Red Star Belgrade selepas menjalani pemilihan selama dua minggu pada Julai tahun lalu.

Berkaitan bantuan dana yang diperlukan Allee Putra kira-kira RM70,000, Stuart berkata perkara terbabit hanya akan dibincangkan kemudian

Sumber-HM