Perubahan Harga Minyak RON 95 & RON 97 Malam Ini

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan harga RON95 turun daripada RM1.69 seliter kepada RM1.65 seliter.

Bagi RON97, harga turun daripada RM1.99 seliter kepada RM1.95 seliter.

Harga runcit diesel pula turun dua sen daripada RM1.86 seliter kepada RM1.84 seliter.

Harga minyak ini bermula tengah malam ini hingga 10 Julai depan.

“Penurunan ini dipeng4ruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Sumber-MH