Perwatakan Dan Ciri Teknikal Pemain Ini Yang Tidak Banyak Ada Pada Pemain Lain

WALAUPUN perwatakan sederhana dan tidak banyak bercakap namun tiap kali memegang lilitan kapten, pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar akan bertukar menjadi karakter seorang yang berkarisma di atas padang serta tahu cara terbaik meniupkan api perjvangan kepada setiap pemain.

Perkara itu diakui oleh pemain sayap Selangor, Mohd Syazwan Zainon, yang menjelaskan Baddrol adalah antara pemain disanjunginya ketika sama-sama bermain di Kedah dari musim 2013-2018.

Bukan sahaja punyai kualiti semulajadi sebagai ketua pasukan malah Baddrol ada banyak ciri teknikal yang tidak banyak ada kepada pemain lain terutama pada teknik remb4tan serta hantaran kepada rakan sepasukan.

“Baddrol sentiasa menjadi tul4ng belakang pasukan dengan sentiasa meniupkan kata-kata yang luar biasa tiap kali beraksi dan sekiranya kami ketinggalan, dia tahu cara memb4kar semangat pemain untuk b4ngkit.

“Dia juga tidak ked3kut ilmu kepada pemain-pemain muda dan tiap kali kami bermain, saya tertarik melihat kualiti yang ada pada Baddrol kerana dia boleh memberikan k3jutan kepada pihak l4wan dalam situasi yang tidak diduga.

“Pertahanan law4n selalu kel!ru dengan cara Baddrol kerana ada kalanya dia seperti melakukan hantaran tetapi sebaliknya terus melakukan remb4tan yang mampu memberikan jaringan dan dia sentiasa menghadirkan kejvtan di atas padang dengan hantaran yang tidak diduga.

“Bagi saya, Baddrol ada karakter berbeza ketika di luar dan dalam padang yang menjadikan saya mahu meletakkan dia antara salah satu dalam pilihan Best XI sepanjang saya bermain di Liga Malaysia,” katanya.

Menerusi formasi 4-1-4-1, Syazwan yang lebih mesra dipanggil nama jol0kan Wan Karpet, memilih Farizal Marlias selaku penjaga gol diikuti empat pemain pertahanan iaitu Fitri Omar, Fauzi Nan, Khairunnisam Sahabudin dan Rizal Ghazali.

Di bahagian tengah, Fauzi Shaari ditugaskan untuk aspek bertahan sementara Sandro da Silva, Amri Yahyah, Baddrol dan Ahmad Fakri Saarani membantu jentera ser4ngan manakala rakan sepasukannya di Selangor, Khyril Muhymeen, bertindak selaku peny3rang tunggal.

Dalam pada itu, Syazwan menganggap Fakri Saarani sebagai antara pemain yang digemari malah melabelkan dia selaku pemain serba boleh kerana mampu beraksi di banyak posisi.

“Ramai tidak nampak apa yang ada pada Fakri, sebenarnya jika ikuti perjalanan kariernya, dia lebih cepat naik daripada saya walaupun kami bersekolah sama di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Ketika di puncak prestasi, saya kagum melihat kesungguhannya dalam latihan serta permainan sebenar malah gayanya cukup k3ras malah sentiasa membantu rakan-rakan yang lain sehingga beri kesuk4ran kepada pemain l4wan.

“Walaupun sentiasa mendapat krit!kan p3das daripada peminat jika dia ada buat kesil4pan, Fakri tidak pernah berd3ndam atau mar4h kepada peminat dan sikap ini juga sesuatu yang positif yang pada dirinya.

“Biarpun dia kini tidak lagi aktif bermain, saya memilih Fakri atas kecemerlangannya semasa di puncak prestasi, malah jangan lupa dia dulu sentiasa mendapat panggilan skuad kebangsaan serta skuad bawah umur, ” katanya.

Sumber-MH