Pilihan Yang Diberikan Kepada Beberapa Individu

Kuala Lumpur: Pilih antara dua, mahu terus berada dalam barisan kepemimpinan tertinggi persatuan bola s3pak (FA) atau lepas jawatan terbabit dan terus kekal menerajui kelab bola s3pak (FC).

Itu pilihan yang diberikan kepada beberapa individu berikutan masih lagi memegang dua jawatan tertinggi dalam pengurusan FA dan FC ketika ini.

Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) yang ketika ini dalam usaha merealisasikan matlamat mahukan proses penswastaan lebih sempurna pada masa akan datang menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh akhir kepada individu berkenaan memikirkan hala tuju masing-masing pada musim depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam memaklumkan, selepas tarikh berkenaan hanya individu menyandang jawatan exco FA sahaja boleh dilantik sebagai Ahli Lembaga FC.

“Sebagai contoh, jika individu berkenaan memegang jawatan sebagai setiausaha agung FA, beliau tidak boleh memegang apa-apa jawatan tertinggi (pengurusan) dalam FC terutama sebagai ketua pegawai eksekutif.

“Jika individu berkenaan hanya menyandang jawatan sebagai exco FA saja, beliau boleh berada dalam Ahli Lembaga FC kerana jawatan itu bukanlah membabitkan bidang pengurusan kelab.

“Perkara terbabit juga sebenarnya hanyalah bersifat sementara dan kemungkinan dalam tempoh setahun akan datang tiada lagi individu sama dalam FA dan FC.

“FAM perlu mengambil tindakan tegas berkaitan perkara terbabit, namun pada masa sama sudah memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk mengubah struktur pengurusan tertinggi FC,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Merujuk kepada carta organisasi setiap pasukan FC ketika ini, sekurang-kurangnya lapan pasukan masih meletakkan individu sama menerajui kepemimpinan FA dan FC.

Pasukan terbabit adalah Perak, Terengganu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Sarawak, Kuching FA dan Negeri Sembilan yang masih terdapat individu sama dalam persatuan dan kelab bola s3pak.

Ini bermakna, mereka mempunyai kira-kira dua minggu untuk memilih jawatan masing-masing bagi musim depan.

Sementara itu, Stuart berkata, FAM menerusi jawatankuasa khas penswastaan mempunyai perancangan seterusnya dalam memastikan FC dapat bergerak sebagai entiti swasta sepenuhnya pada masa akan datang.

“Seperti sedia maklum, kita tidak boleh melakukan proses penswastaan menyeluruh secara mend4dak kerana memahami pasukan mempunyai kekangan terutama ketika kini berdepan situasi pand3mik Cov!d-19.

“Oleh itu kita mempunyai perancangan secara berperingkat yang akan diumumkan dalam waktu terdekat khusus memastikan proses penswastaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah pada masa akan datang,” katanya.

Sumber-MH