Akhirnya Podolski sertai secara percuma

Lukas Podolski telah menyertai kelab Liga Super Turki, Antalyaspor, secara percuma selepas meninggalkan Vissel Kobe.

Bekas pemain kebangsaan Jerman, Podolski, yang telah bersama Vissel sejak 2017, menyertai kelab Jepun itu daripada Galatasaray, dan telah dikaitkan dengan juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas melawat padang latihan mereka.

Pemain berusia 34 itu mengambil keputusan untuk kembali ke Turki bersama Antalyaspor, yang menamatkan musim lalu di tangga ketujuh, namun kini dalam zon penyingkiran selepas 18 perlawanan.

Pemenang Piala Dunia dan bekas pemain Arsenal dan Bayern Munich itu, yang akan menyarung jersi nombor 11 bersama pasukan barunya, juga telah berbincang dengan Cologne untuk mengambil peranan bersama kelab Jerman itu selepas dia bersara.

Sumber : Stadium Astro