Polis Sudah Kenal Pasti Lelaki Terbabit

Klang: Polis sudah mengenal pasti lelaki memakai gelang merah jambu dipercayai dalam tempoh kuar4ntin yang berada di stesen minyak di Bukit Tinggi, di sini seperti tul4r di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pada 7.24 malam tadi, pihaknya mendapati video berkaitan berdvrasi 64 saat di media sosial.

“Video itu menunjukkan ins!den tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan wanita dengan seorang lelaki yang dilihat memakai gelang berwarna merah jambu disy4ki masih dalam kuar4ntin.

“Hasil semakan mendapati kejadian dipercayai berlaku di pam minyak di Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata, tangk4pan akan dilakukan selepas mendapat pengesahan susp3k bebas C0vid-19 daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang.

“Susp3k adalah lelaki tempatan yang berumur 30 tahun,” katanya.

Dalam rak4man video yang ters3bar itu, lelaki terbabit ditegur kerana keluar dari kuar4ntin malah menyebabkan orang ramai t4kut untuk menghampiri stesen minyak terbabit apabila melihat gelang merah jambu dipakainya

Sumber-MH