Premis Makanan Ini Mendatangkan Kekel!ruan Kepada Umat Islam

Manjung: Sebuah premis makanan di Seri Manjung di sini, dikesan menggunakan ayat al-Quran sebagai representasi takrif halal sehingga mendatangkan kekel!ruan kepada umat Islam.

Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Manjung menerima aduan itu daripada orang awam sebelum pemeriksaan dijalankan pada 11 pagi hari ini.

Ketua KPDNHEP Manjung Wan Muhammad Badro Wan Mahmood berkata, tindakan itu sebagai dorongan bahawa makanan di premis itu adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan mendapati pemilik premis itu adalah warga tempatan dan sudah beroperasi selama tiga tahun.

“Pemiliknya gagal menunjukkan perakuan atau pengesahan daripada Jabatan Agama Islam yang melayakkan premis perniagaan ini menggunakan representasi ayat-ayat al-Quran di dalam premis.

“Susulan itu, pemilik premis ditah4n untuk diambil keterangan dan beberapa barangan terbabit disit4 untuk sias4tan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, k3s akan disi4sat mengikut Perenggan 4 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Katanya, KPDNHEP Manjung memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menggunakan perbahasan halal ke atas premis dan barang makanan dan perkhidmatan keluaran mereka.

“Pengusaha restoran atau syarikat digesa supaya berhati-hati dalam menggunakan perbahasan halal dan perlu memastikan setiap makanan atau barang keluaran mereka hanya menggunakan perakuan perihal halal dan penandaan halal yang mendapat perakuan daripada pihak berwibawa.

“Selain itu, ia ditanda dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang,” katanya.

Sumber-MH