Ramai Dah Kena Cop

Kuala Lumpur: Produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sememangnya laku keras apabila ketika ini lebih 10 pelatih sudah disunting oleh beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) sekali gus menunjukkan ubi muda lebih mendapat tumpuan sebagai persediaan menghadapi cab4ran pada masa depan.

Walaupun kebanyakan mereka kemungkinan tidak akan bermain dalam kesebelasan utama pasukan pada musim depan, usaha awal yang dilakukan pasukan Liga M itu bagi memastikan produk AMD itu tidak terlepas kepada pasukan lain kelak.

Menurut sumber, antara pasukan berkenaan adalah daripada negeri pantai timur dengan ketika ini dalam usaha menandatangani perjanjian bersama penjaga pelatih.

Beliau berkata, produk AMD juga sudah disunting oleh beberapa pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang dan juga selatan tanah air seterusnya bakal menyaksikan Liga M diwarnai pemain muda nanti.

“Walaupun pelatih AMD tidak dapat mengh4rungi latihan atau pertandingan pada tahun ini berikutan pand3mik Cov!d-19, kemampuan mereka tetap mendapat perhatian pasukan Liga M.

“Hal ini kemungkinan kejayaan dan kehebatan yang ditunjukan bekas produk AMD seperti Luqman Hakim Shamsudin menyebabkan perhatian tetap diberikan kepada akademi berkenaan untuk mendapatkan pemain berkualiti.

“Ketika ini, AMD tidak akan membuat pengumuman berkaitan perkara terbabit namun ia akan diketahui menjelang s3pak mula Liga M nanti,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Tahun lalu, akhbar ini melaporkan semua 34 pelatih siri pertama sudah disunting oleh kelab gergasi tanah air.

Malah, ada antara pelatih AMD ditawarkan tiga kontrak bersama pasukan tertentu termasuk dari luar negara selepas melihat keupayaan dan kehebatan mereka di pentas antarabangsa ketika perl4wanan persahabatan dan Kejuaraan Persekutuan Bolas3pak Asean (AFF) B-18 di Vietnam ini sebelum ini.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat beberapa pemain berkenaan sudah menandatangani perjanjian bersama kelab dan penjaga masing-masing berikutan umur mereka masih lagi 17 tahun.

“Kebanyakan pasukan mahu meletakkan pelatih AMD dalam skuad kedua dan apabila sudah sampai tempoh matang, mereka pasti diserapkan ke pasukan utama.

“Selain daripada pelatih senior, ada juga yang baru saja berusia 15 tahun namun sudah dirisik pasukan Liga M untuk beraksi bersama mereka pada masa akan datang,” katanya.

Sumber-MH