Reaksi Klopp Buat Aksi Pemain Liverpool

LIVERPOOL: Jurgen Klopp memuji barisan pemain muda Liverpool yang men3waskan Ajax 1-0 untuk mara ke kelompok 16 Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain-pemain remaja Reds memanfaatkan peluang susulan kec3deraan tonggak utama Liverpool dengan Curtis Jones, 19, menjar!ngkan gol tunggal permainan dan Caoimhin Kelleher memastikan dia tidak dibolosi pada penampilan sulungnya.

Kemenangan turut memastikan anak buah Klopp kedudukan teratas Kumpulan D, dan membolehkan pengendali itu merehatkan bintangnya menjelang perl4wanan terakhir kumpulan di Midtjylland minggu depan.

“Jujurnya, sejak saya di Liverpool, ini adalah malam Liga Juara-Juara yang paling besar.

“Tanpa penyokong di stadium, ia adalah perl4wanan paling penting, paling sukar dan cukup luar biasa,” kata Klopp yang membawa Liverpool ke final sebanyak dua kali dan menjuarainya tahun lalu.

Kelleher terpaksa menggantikan Alisson Becker, yang menyertai senarai kec3deraan Klopp sebelum s3pak mula, manakala Andrew Robertson bermain dengan buku lali berbalut di babak pertama.

Antara pemain Liverpool yang cedera dan tidak dapat beraksi adalah Virgil van Dijk, Joe Gomez, Alex Oxlade-Chamberlain, Naby Keita, Xherdan Shaqiri, Trent Alexander-Arnold dan James Milner. – AFP

Sumber-BH