Categories
TERKINI

Reaksi Nafuzi Zain

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain memohon maaf kepada seluruh penyokong selepas tidak berjaya menjuarai Piala FA.

Pengendali berusia 43 tahun itu turut berterima kasih kepada penyokong skuad Penyu yang sanggup hadir ke stadium dan memberikan sokongan padu buat barisan pemainnya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua penyokong Terengganu yang datang dengan harapan TFC muncul juara.

“Terima kasih atas sokongan semua penyokong. Saya tahu penyokong kecewa, saya pun kecewa tapi kita sudah bagi yang terbaik.

Sumber : BH

“Namun, kami bangga berjaya sampai ke final dengan skuad yang kami ada,” katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Impian TFC untuk membawa pulang trofi Piala FA selepas 11 tahun tidak kesampaian apabila tewas 1-3 di tangan juara 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT).