Real Berjaya Menyelamatkan Diri

MADRID: Real Madrid menghidupkan kembali usaha mengejar gelaran La Liga apabila menew4skan pendahulu, Atletico 2-0 ketika tetangga mereka itu mengalami kekalahan pertama dalam liga musim ini.

Real, yang berjaya menyelamatkan diri dalam Liga Juara-Juara dengan mara ke kelompok 16 terakhir, kini berkedudukan ketiga liga, tiga mata di belakang Atletico.

Ia malam yang mengec3wakan buat skuad kendalian Diego Simeone yang melalui 26 perlaw4nan tanpa kalah dalam liga sejak Februari.

Ia membabitkan 17 kemenangan dan sembilan seri. Real juga menjadi pasukan terakhir menew4skan Atletico dalam liga.

“Kami mengesahkan peningkatan yang kami tunjukkan dalam banyak bahagian berdepan Sevilla dan Borussia, dan sekali lagi memberikan persembahan baik,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane, merujuk kepada kemenangan pasukannya sejak beberapa minggu lalu yang berjaya menukar keadaan.

“Ada krit!kan yang membuatkan kami kec3wa, tapi ada juga yang membuatkan kami menjadi lebih kuat.

“Kami bers4ing dengan sangat bagus sejak minit pertama hingga penamat, kami mesti berpuas hati semuanya berjaya diselesaikan.”

Real berada di depan selepas 15 minit menerusi tandukan Casemiro sebelum jar!ngan sendiri Jan Oblak. – AFP

Sumber-BH