Rezeki Pemain Pertahanan Kiri Terengganu FC

Kuala Lumpur: Pertahanan kiri Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar yang dipanggil pada saat akhir ke kem latihan skuad Harimau Malaya menyifatkan ia adalah rezeki perkahwinan.

Dia yang menggantikan pertahanan Sri Pahang FC, Fazly Mazlan akibat keced3raan baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada hujung Februari lalu dan mengakui masih terk3jut apabila dihubungi pengendali negara, Tan Cheng Hoe.

“Ini adalah panggilan pertama saya bersama skuad senior negara selepas pernah bermain dengan pasukan bawah 19 (B-19) dan B-23 tahun sebelum ini.

“Perasaan saya sangat gembira (sertai latihan kebangsaan), mungkin salah satu rezeki saya selepas kahwin di mana dipanggil oleh jurulatih yang dah banyak melihat aksi saya sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, dia bertekad untuk menaruh kepercayaan Cheng Hoe dan cuba kekal berada bersama pasukan.

“Bagi saya kalau rezeki saya dapat bersama pasukan senior dan akan buat terbaik, Insya Allah saya akan cuba buktikan kepada jurulatih,” katanya.

Mengulas cab4ran dari rakan sepasukan di posisi pertahanan kiri, Arif mengakui tidak berdepan masalah untuk bers4ing dengan La’Vere Corbin-Ong di bahagian itu.

“Dia banyak membantu dan saya juga banyak belajar dan mengutip pengalaman daripadanya. Dia pemain yang dah banyak pengalaman antarabangsa dan saya bertuah dapat belajar sesuatu”.

Sumber MH