Risau Dengan Perkembangan Semasa

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan supaya Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dipersetujui sebulat suara dalam pertemuan tidak rasmi gabungan itu kelmarin.

Dr Mahathir dalam kenyataan petang tadi berkata, perbincangan tidak rasmi itu dihadiri Shafie, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; beberapa pimpinan DAP termasuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng; Tan Kok Wai, Anthony Loke, M Kulasegaran dan Liew Chin Tong. Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Wira Marzuki Yahya turut hadir.

“Kami membincangkan banyak perkara berkaitan keadaan negara pada masa kini dan masing-masing melahirkan rasa risau terhadap beberapa perkembangan semasa.

“Dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri, justeru antara cadangan yang dikemukakan ialah pencalonan Shafie sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sumber : https://www.bharian[.]com.my/berita/politik/2020/06/704814/pemilihan-shafie-sebagai-pm-dipersetujui-dap-amanah-warisan-tun-m