Ronaldo Mohon Maaf

MILAN: Cristiano Ronaldo dan Leonardo Bonucci memohon maaf kepada penyokong Juventus susulan aksi terbvruk mereka musim ini selepas t3was buat kali pertama dalam Serie A di tangan Fiorentina.

Skuad Bianconeri itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk sebahagian besar perl4wanan selepas Juan Cuadrado dilayangkan kad merah dan mereka t3was 3-0 pada aksi di Tuscany itu, semalam.

“Aksi terbur0k Juventus musim ini. Saya memohon maaf kepada penyokong, namun tiada alasan untuk kekalahan ini,” kata Bonucci.

Ronaldo turut meny3lar ‘keputusan yang tidak boleh diterima itu’ sekali gus menyaksikan bintang Portugal itu gagal menambah koleksi gol selepas mel3dak 12 jaringan dalam liga setakat ini.

“Semalam, kami menutup tahun 2020 yang begitu istimewa dengan persembahan yang bur0k dan keputusan yang tidak boleh diterima.

“Stadium yang kosong, protokol COV!D, perl4wanan yang ditangguhkan begitu lama dan jadual yang sangat padat.

“Tetapi ini bukanlah satu alasan. Kami tahu kami perlu memberikan lebih daripada segalanya untuk beraksi lebih baik dan menang secara konsisten.

“Kami adalah Juventus dan kami tidak dapat terima selain daripada kecemerlangan di atas padang!

“Kami harap rehat yang pendek ini dapat membantu kami b4ngkit dengan lebih kuat kerana musim masih lagi panjang dan kami percaya dapat meraikan kejayaan sekali lagi dengan penyokong.

“Percayalah kepada kami, percaya pada pasukan seperti mana kami percayakan anda dan kami akan membalasnya! Fino Alla Fine!”.

Sumber-BH