Rufino Mahu Akhiri Karier?

Peny3rang import pasukan Selangor, Rufino Segovia menyatakan beliau berharap dapat mengakhiri karier sebagai pemain bola sepak profesional bersama skuad The Red Giants.

Rufino berkata demikian menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana beliau turut menyasarkan untuk kekal bersama Selangor untuk selama yang mungkin.

“Sasaran saya untuk kekal bersama Selangor selama yang mungkin. Saya berasakan ini adalah pasukan saya, keluarga saya.

“Saya beraksi dengan salah satu pasukan terbaik di Malaysia. Saya mempunyai hasrat untuk memenangi kejuaraan bersama pasukan ini. Saya berharap dapat mengakhiri karier bersama Selangor,” kata Rufino.

Peny3rang dari Sepanyol berusia 33 tahun itu sememangnya menjadi kegemaran peminat lebih-lebih lagi setelah memenangi Kasut Emas Liga Super musim 2018 lalu.

Rufino Segovia berjaya menjaringkan 19 gol di Liga Super pada musim tersebut. Bagi saingan musim 2020, setakat ini Rufino hanya mampu mencatat satu assist, lebih tepatnya pada perlawanan menentang Pahang yang menyaksikan Selangor menang 2-1.

Sumber : vocket