Sabah FC Tetap Bersedia

Kota Kinabalu: Sama ada empat pemain import mereka sempat tiba atau tidak, Sabah Football Club (FC) tetap bersedia untuk memulakan kempen Liga Super bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto, berkata, setakat ini, empat pemain import berkenaan masih belum bersama pasukan namun beliau harap mereka akan tiba sekitar minggu ini.

Pemain-pemain itu ialah pemain tengah Gabon, Levy Clement Madinda, pertahanan daripada Macedonia, Risto Mitrevski, penyerang Liberia, Sam Garyahzon Johnson dan pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani.

“InsyaAllah mereka (pemain import) akan segera menyertai kita, bagaimanapun, kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi dua perl4wanan di gelanggang l4wan iaitu bertemu Melaka United dan Kedah.

“Kita akan menggunakan sebaik mungkin pemain yang ada, dan syukur persiapan kami berjalan lancar, kami sudah masuk ke latihan taktikal untuk menghadapi dua perl4wanan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kurniawan berkata, tiga pemain iaitu Maxisus Musa, N Thanabalan dan Mohd Azwan Abdul Fattah mungkin terp4ksa disis!hkan dalam dua aksi berkenaan kerana mengalami kec3deraan.

“Maxsius dan Mohd Azwan masih dalam proses pemulihan dan kita akan lihat nanti perkembangannya macam mana kerana kita tidak mahu memaksa mereka.

“Sekiranya pemain-pemain yang ced3ra ini belum pulih sepenuhnya, mereka tidak dapat memberikan aksi seratus peratus dan kita juga tidak mahu mengambil ris!ko membah4yakan keselamatan mereka,” katanya.

Selain empat pemain import baharu, Sabah FC pada musim ini juga tampil dengan dua bekas pemain kebangsaan iaitu Amri Yahya dan Thanabalan.

Satu-satunya pemain import yang dikekalkan skuad Badak daripada musim lalu ialah pertahanan daripada Korea Selatan, Park Taesu.

Musim ini juga adalah yang kedua buat Kurniawan selepas skuad bimbingannya itu hanya menduduki tangga ke-10 Liga Super pada musim lalu.

Sumber MH