Safawi Semakin Berpeluang

KUALA LUMPUR: Seminggu selepas mer4ngkul anugerah Pemain Tengah Terbaik Liga Malaysia (Liga M) 2020, Safawi Rasid kini berpeluang untuk mencipta nama di pentas Asia pula.

Ia susulan pencalonannya bagi Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia atau ‘Asia’s Choice – Fan Awards: Best Young Player in 2020’ yang dianjurkan oleh Konfederasi Bolas3pak Asia (AFC).

Safawi bagaimanapun berdepan cab4ran daripada 19 calon lain termasuk bintang muda Jepun berusia 19 tahun, Takefusa Kubo yang kini beraksi bersama kelab Sepanyol, Villarreal.

Pemain tengah Korea Selatan, Won Du-jae juga dianggap antara penc4bar utama Safawi yang mana pemain itu mengecapi musim 2020 yang penuh gemilang apabila membantu skuad negaranya meraih gelaran Kejuaraan B-23 AFC.

Dia juga dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) kejohanan itu selain muncul juara Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama Ulsan Hyundai.

Bagaimanapun, peluang untuk Safawi mer4ngkul anugerah ini tetap terbuka dengan dia pernah diundi sebagai pemenang Anugerah Gol Terbaik Sedekad ACL pada September lalu.

Justeru, pemain muda kelahiran Dungun, Terengganu itu sekali lagi perlu mengharapkan sokongan dan undian daripada rakyat Malaysia untuk memastikan Anugerah Pemain Muda Terbaik 2020 menjadi miliknya.

Safawi yang lebih mesra dengan panggilan Pawi menjadi antara dua pemain dari Asia Tenggara yang tercalon selepas bintang muda Thailand, Jaroensak Wonggorn turut termasuk dalam senarai 20 calon bagi anugerah itu.

AFC menjelaskan senarai calon itu adalah mereka yang berusia 23 tahun atau ke bawah pada 31 Disember lalu dan peminat boleh membuat undian di laman rasmi badan induk itu, The-AFC.com dengan pemenang akan diumumkan pada 24 Januari depan.

Sumber-BH