Sah Akan Beraksi Bersama Sabah FC

Kota Kinabalu: Bekas pemain kebangsaan, Amri Yahyah dan N Thanabalan sah akan menyarung jersi Sabah bagi menghadapi sa!ngan Liga Super, musim baharu nanti.

Pengumuman itu dibuat dalam laman Facebook rasmi Sabah Football Club (FC) hari ini.

“Selamat datang kepada Amri Yahya, pemain yang cukup dikenali dalam arena bola sep4k tanah air dengan mencipta nama bersama skuad Selangor dari tahun 2001 hingga tahun 2013.

“Selamat datang diucapkan ke Sabah FC buat N Thanabalan, pemain sayap kanan berusia 26 tahun dari Seremban yang cukup dikenali dengan prestasi mantap beliau bersama skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan sepanjang tahun 2015 ke tahun 2018,” kata Sabah FC dalam dua hantaran berasingan itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto ketika dihubungi berkata, dia berharap dengan kehadiran Amri dan Thanabalan, ia akan membawa sesuatu yang positif buat pasukan itu.

“Amri seorang pemain yang sangat profesional bukan saja di dalam padang tetapi juga di luar padang dan ini boleh menjadi contoh kepada pemain-pemain tempatan kita yang lain.

“Walaupun usia Amri sudah mencecah 40 tahun namun kami melihat kesungguhan dia ketika latihan, dia seorang pejuang dan keputusan untuk mengambil dia adalah hasil perbincangan dengan semua barisan jurulatih.

“Barisan kejurulatihan juga melihat Amri sebagai seorang yang boleh mengubah permainan, mungkin dia boleh beraksi 20 minit, 45 minit sebagai pengubah permainan,” katanya.

Mengulas mengenai Thanabalan, jurulatih dari Indonesia itu berkata, pemain berkenaan adalah salah satu aset negara yang boleh digilap semula sehingga mencapai semula tahap permainan terbaiknya.

‘”Thanabalan baru berusia 26 tahun dan dia pernah beraksi dengan skuad kebangsaan, agak sayang kalau bakatnya dipinggirkan dan oleh sebab itu saya bersama barisan kejurulatihan membuat satu keputusan yang positif untuk mengambilnya.

“Saya sendiri sudah bercakap dengan Thanabalan, saya beritahu supaya dia terus bekerja keras dan jika dia kembali ke prestasi terbaik, ia juga boleh membantu pasukan ini,” katanya.

Amri, 40, sebelum ini pernah beraksi bersama Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United manakala pasukan terakhir disertainya ialah Sarawak United FC.

Peny3rang itu juga pernah membuat 63 penampilan bersama Harimau Malaya dan berjaya menghasilkan 13 gol.

Sementara itu, Thanabalan pula sebelum ini pernah beraksi dengan pasukan Negeri Sembilan, Felcra dan Kedah manakala pasukan terakhir disertainya ialah Perak II.

Pemain kelahiran Rantau itu juga pernah mewakili skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) dan B-23.

Sumber MH