Salah Tetap Salah

MENTERI Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi mengaku salah dan meminta maaf berikutan perbuatannya mengh!sap vape di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Hishammuddin (BN-Sembrong) menjelaskan beliau mengaku bahawa apa yang salah tetap salah dan dia sudah memohon maaf berhubung keterl4njuran perbuatannya, sebelum ini.

Beliau juga mend3dahkan bahawa sudah membayar d3nda kerana melakukan kesalahan berkenaan.

“Saya sudah menyatakan apa yang salah tetap salah. Saya juga sudah mengakui kesilapan dan saya sudah meminta maaf.

“Berkaitan pasal d3nda, saya sudah dikompaun dan saya sudah pun membayarnya. Kalau Ahli Parlimen Kluang masih nak mainkan politik di dewan ini, banyak lagi untuk kita bincangkan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menc3lah sesi penggvlungan perbahasan Titah Diraja Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Isu berkenaan pada mulanya ditimbulkan Wong Shu Qi (DAP-Kluang) menerusi Peraturan Mesyuarat 41(d) yang menggariskan bahawa ahli Dewan Rakyat tidak dibenarkan mer0kok di dalam kawasan Parlimen.

Beliau berkata, perkara itu dibangk!tkan sekali lagi, meskipun diutarakan pada minggu lalu kerana tindakan sedemikian, khususnya apabila membabitkan Jemaah Menteri berupaya memberi tanggapan bur0k terhadap imej negara.

“Apa yang nampak di luar adalah kerajaan ini wujudkan dua darjat kerana rakyat marhaen di luar did3nda dan diambil tindakan k3ras, tetapi YB (Yang Berhormat) di sini tidak did3nda atau diambil tindakan k3ras.

“Saya bangk!tkan kerana satu permohonan maaf secara rasmi perlu dibuat dalam dewan ini,” katanya.

Kel!ru dengan ges4an sedemikian, Hishammuddin berkata, permohonan maaf di luar menerusi kenyataan susulan kesalahan mer0kok itu sudah dilakukan, malah kek3salan sama diutarakan di dalam dewan.

“Tuan Yang Dipertua, saya sudah nyatakan minta maaf dan saya nyatakan maaf dalam dewan ini, apa lagi yang Kluang nak?” katanya sekali gus mencetuskan suasana h!ngar ketika sesi penggulvngan bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, yang mengendalikan isu itu berterima kasih kepada Shu Qi dan mengesahkan permohonan maaf daripada Hishammuddin.

Sumber-MH