Sa!ngan Liga Malaysia Mengikut Jadual

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bersambung pada 26 Ogos ini kekal mengikut jadual seperti mana yang dikeluarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini.

Jelasnya, beliau turut men0lak dakw4an segelintir pihak mengatakan Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Khas esok yang akan membincangkan mengenai pen4ngguhan adalah tidak benar.

Katanya, ia adalah mesyuarat biasa yang diadakan pada setiap minggu.

“Saya ada berhubung dengan Menteri Kanan Pert4hanan Datuk Seri Ismail Sabri dan beliau mengesahkan tiada perbincangan atau nasihat baru mengenai penganjuran acara sukan seperti Liga M.

“Ia adalah rutin biasa dan sebarang nasihat serta arahan baru akan diperinci atas nasihat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“Keputusan untuk benarkan Liga M berlangsung tanpa penonton masih kekal. Liga M dijadualkan bermula 26 Ogos 2020 ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM memberi lampu hijau buat acara sukan berkontak dimainkan termasuk Liga M yang ditangguhkan oleh MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak Mac lalu.

Sa!ngan Liga Super akan kembali bersambung pada 26 Ogos ini manakala Piala Malaysia bakal bermula pada 17-18 Oktober.

Malah, semua pasukan sudah dibenarkan oleh MFL untuk mengadakan perl4wanan persahabatan bermula 2 Ogos lalu membabitkan antara pasukan Liga Super dan Liga Perdana sahaja.

Sementara itu, Reezal Merican mahu MFL memastikan setiap pasukan mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) sebelum, sedang dan selepas perl4wanan bagi mengelak penul4ran Covid-19.

Antara SOP yang ditetapkan MFL bagi operasi perl4wanan ialah tiada upacara bersalam sebelum dan selepas perl4wanan, perkongsian sebarang peralatan peribadi tidak dibenarkan dan pemain simpanan perlu ditempatkan di tempat duduk penonton dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter serta memakai pel!tup muka.

Sumber-MH