Saranan Lagenda Bola S3pak Kebangsaan Era 70-an

GEORGETOWN: Legenda bola s3pak kebangsaan era 70-an, Datuk Abdul Shukor Salleh, 74, menyarankan agar pemain bola sep4k yang ada di negara ini mengubah ment4liti daripada tahap amatur kepada tahap profesional.

Beliau yang terkenal dengan julvkan ‘Mr Cool’ ketika eranya berkata setiap pemain perlu sentiasa meningkatkan usaha dan kemahiran untuk lebih cemerlang dalam arena bola s3pak demi kebaikan diri, dan bukannya bergantung kepada jurulatih ketika latihan atau gaji semata-mata.

“Pemain sekarang perlu ubah ment4liti tersebut. Bukan lagi bergantung kepada jurulatih sahaja atau duit (pendapatan) semata-mata…kena ada usaha daripada diri sendiri supaya lebih menyerlah. Ini untuk kebaikan diri dan pasukan.

“Dengan ini, tidak mustahil arena bola sep4k negara akan lebih menyerlah seperti zaman (pasukan kebangsaan) dulu-dulu,” katanya kepada pemberita di kediamannya, di sini hari ini.

Terdahulu, Persatuan Bekas Pemain Bola S3pak Pulau Pinang (EX-PENANG) yang diketuai presidennya, Radzuan Putah menyantuni Abdul Shukor sebagai menghargai jasa beliau dalam arena bola s3pak negara.

Menurut Abdul Shukor, beliau sangat merindui rakan-rakan seperjuangan antaranya allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, allahyarham Datuk Mohd Bakar dan lain-lain yang sama-sama menaikkan nama pasukan di persada negara mahupun antarabangsa.

“Memang rindu dengan kawan-kawan. Tapi saya berharap pasukan Pulau Pinang dapat kembali menyinar sebab saya lihat prestasi mereka ketika memberi s4ingan dalam liga adalah hebat ketika ini,” katanya yang bakal menghasilkan sebuah buku biografi diri dan rakan sukan lain dalam tempoh terdekat.

Abdul Shukor yang sinonim dengan jersi nombor 6 masih aktif di belakang tabir selaku Penaung Kelab Penang Kickers. Antara pencapaian terbaiknya ialah membantu skuad Pulau Pinang muncul juara Piala Malaysia pada 1974 dan juara Liga Malaysia pada 1982.

Sementara itu, Radzuan berkata menyarankan kepada mana-mana bekas pemain negeri untuk menyertai persatuan EX-PENANG bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

“Tujuan utama persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan bekas pemain sebab kita tidak tahu bagaimana keadaan mereka sekarang. Jika mereka ditimpa kesusahan kami akan cuba sedaya mungkin untuk membantu daripada segi kebajikan,” katanya.

Turut hadir ketika kunjungan itu ialah ahli EX-PENANG; Penolong Ketua Jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abdul Wahid selain Kamal Khalid, Fadzil Ismail, Jelani Wilastra, S Muraliraj dan Ahmad Fauzi Ibrahim.

Selain Abdul Shukor, EX-PENANG turut menyantuni seorang lagi bekas pemain kebangsaan Datuk M Kuppan di Bagan Jermal, Butterworth.

Sumber BH