Sasaran Hodak Buat Pasukan Baharu Beliau

KUALA LUMPUR: Jurulatih berpengalaman dari Croatia, Bojan Hodak mahu mengubah nasib Kuala Lumpur (KL) United bagi memastikan pasukan itu mampu terus kekal dalam sa!ngan Liga Super untuk jangka masa panjang.

Beliau yang dilantik sebagai pengendali baharu skuad The Cityboys itu menyifatkan pasukan berkenaan sering berg3lut untuk berada pada tahap memuaskan dalam sa!ngan Liga Super sejak musim 2018 sehingga mereka ‘dit3ndang keluar’ ke Liga Perdana musim lalu.

Jelasnya, kejayaan sesebuah pasukan apabila layak beraksi di divisyen teratas Liga Malaysia (Liga M) tidak akan bermakna jika mereka gagal untuk merangka pelan terbaik bagi memastikan skuad ini mampu bertahan dan tidak lagi tersvngkur.

Justeru, itulah sasaran bekas pengendali skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara ini sebaik sahaja menerima tawaran mengendalikan skuad KL agar pasukan dapat mengh4rungi musim 2021 dengan lebih gemilang berbanding musim sebelum ini.

“Saya tengok lihat pasukan ini memiliki kombinasi pemain berpengalaman dan pemain muda yang saya rasa mereka mampu untuk menghasilkan kerja yang cemerlang untuk pasukan musim ini.

“Kini kita berada di Liga Super. Semuanya akan berbeza dan mahu atau tidak, kita kena berusaha untuk kekal lebih lama dalam divisyen teratas ini. Sebelum ini, mereka sering berg3lut apabila kembali bersa!ng dalam Liga Super.

“Jadi, kalau boleh saya tidak mahu lagi perkara sama berulang setiap kali KL United layak ke Liga Super. Ini yang saya mahu ubah supaya pasukan ini mampu bertahan untuk jangka masa lebih panjang bermula musim ini”, katanya.

Nama Hodak tidak asing lagi dalam arena bolasepak tempatan terutamanya apabila pernah membawa Kelantan meraih kejuaraan treble pada tahun 2012 selain berjaya membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super 2014.

Sumber-BH