Categories
TERKINI

Satu keistimewaan buat JDT

KUALA LUMPUR: Ini memang penyokong tegar bola sepak!

Tidak kisah ‘disidai’ lama sehingga berjam-jam lamanya tetapi itulah ‘harga’ yang perlu dibayar oleh penyokong Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turun menyaksikan final Piala FA antara dua pasukan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Seperti penyokong skuad Penyu dari Kuala Terengganu, Muhammad Mustaqim Musa yang tiba di pekarangan stadium kira kira jam 5 pagi tadi meskipun perlawanan akhir hanya akan membuka tirainya pada jam 9 malam ini.

“Ada yang menaiki bas dan ada yang menaiki kereta. Kami teruja kerana sudah lama pasukan ini tidak beraksi di final. Kami harap tuah akan berpihak kepada TFC pada malam ini.

“Siapa pun yang jaringkan gol nanti, kami tidak kisah asalkan TFC menang. Apapun, menang atau kalah adalah adat permainan,” katanya.

Sementara itu, penyokong skuad Harimau Selatan, Nuradibah Mohd Salleh turut bersemangat untuk menyaksikan perlawanan akhir yang akan berlangsung malam ini apabila tiba kira kira jam 3 pagi tadi.

Sumber : BH

“Sebaik tiba di sini, saya tidur dahulu di surau supaya tidak berhadapan masalah dengan kesesakan lalu lintas kerana sedia maklum terdapat juga konsert sekitar stadium sekali gus sudah pastinya ramai yang akan hadir.

Ianya adalah satu keistimewaan kepada sebuah pasukan hebat tanahair JDT apabila mempunyai peminat yang sangat fanatik dan senantiasa mengharapkan yang terbaik untuk pasukan kesayangan mereka. Mereka sanggup bersengkang mata demi JDT.

“Jangkaan saya sudah tentu JDT akan menjulang piala dengan menumpaskan TFC 2-1. Bergson Da Silva akan mencetak nama sebagai penjaring gol,” katanya.