Satu Pujian Buat Kapten KDA FC

KUALA LUMPUR: Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA), Baddrol Bakhtiar memiliki aura tersendiri sebagai antara pemain terbaik dalam era bola sep4k negara ketika ini.

Ia selepas pemain tengah berusia 33 tahun itu dianggap sebagai idola oleh barisan pemain muda yang baru dipanggil menyertai skuad senior Harimau Malaya.

Pemain muda, Mohamad Hakimi Abdullah mengakui dia sudah lama mengimpikan untuk bermain bersama Baddrol yang dianggapnya sebagai pemain luar biasa.

“Idola dalam pasukan kebangsaan memang ada, seperti Baddrol dan Aidil (Zafuan Abd Radzak). Saya sudah impikan lama nak berg4ndingan dengan Baddrol, dia kapten luar biasa,” katanya.

Hakimi menjadi antara muka baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat kali ini, manakala Baddrol pula termasuk dalam senarai enam pemain yang pernah meny4rung jersi skuad Harimau Malaya dipanggil semula oleh jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Sementara itu, seorang lagi pemain muda, Mukhairi Ajmal Mahadi pula mengharapkan dia boleh belajar sesuatu daripada pemain senior terutama Baddrol selepas turut dipanggil buat kali pertama menyertai skuad senior kebangsaan.

“Saya suka tengok waktu dia bermain di Piala Suzuki AFF kerana cara dia, hant4ran dia dan kreativiti dia di atas padang. Sekarang saya rasa ini peluang terbaik untuk saya bermain dengan Baddrol,” katanya.

Sumber-BH