Saya hanya mencuba

Kipre Tchetche mendedahkan bagaimana jaringan pertamanya ketika Kedah menewaskan Tai Po FC 5-1 pada kelayakan AFC Champions League, adalah hasil daripada sesi latihan bersama pasukan.

Pemain berusia 33 tahun itu menjaringkan gol pertama seawal minit ke-3, sebelum menambah dua lagi gol untuk melengkapkan hatrik.

“Saya hanya mencuba selepas berada di dalam keadaan yang sesuai melakukan percubaan menjaringkan gol,” katanya kepada Sinar. “Dalam sesi latihan juga sebenarnya kami memang akan sentiasa melakukan percubaan jarak jauh.”

Pemain yang berasal dari Ivory Coast itu juga menganggap persiapan pasukan ketika sesi pra-musim akhirnya membuahkan hasil yang memberangsangkan. “Kami sudah melakukan persiapan lebih sebulan untuk perlawanan ini.

“Saya gembira kita beraksi sebagai sebuah pasukan dan mendapatkan kemenangan seperti yang diharapkan.” Kedah akan berkunjung ke Korea Selatan bagi pertemuan menentang FC Seoul bagi kelayakan play-off pada 28 Januari ini.