“Saya minat nak main Malaysia”

Marcel Kalonda mengakui berminat mewakili Malaysia selaku pemain warisan negara satu hari nanti, meskipun tidak pernah menetap di negara Asia Tenggara malah tidak mengenali bahasa dan budaya negara ini.

Pemain kelahiran Congo berusia 22 tahun itu dilaporkan menetap di negaranya sejak kecil sehinggalah dia menyertai juara Liga Zambia, ZESCO United pada 2017 dan sehingga kini dia menetap di Zambia.

Kalonda bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan dia sedang berusaha untuk mengumpulkan segala dokumen mengenai pertalian dar4hnya dengan rakyat Malaysia. “Ya, saya nak main untuk Malaysia. FAM ada menghubungi saya dan perbincangan kami berlangsung baik sekali,” katanya kepada Arena Metro.

“Saya sedang berusaha kumpul maklumat tambahan dan akan selesai tak lama lagi. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan dan harap semuanya berjalan lancar.” Kalonda dilahirkan di Kolwezi, DR Congo tetapi mendakwa datuknya dilahirkan di Sabah sekaligus merupakan warganegara Malaysia.

Sejak menyertai ZESCO United tiga tahun lalu, Kalonda menjadi pemain utama pasukannya, termasuk ketika saingan CAF Champions League iaitu Liga Juara-juara Afrika.