Saya Takut Dia Kena L4nggar

“FIKIRAN saya ketika itu hanya mahu membantu lelaki itu kerana t4kut dia kena langg4r walaupun mengetahui ia satu tindakan beris!ko tinggi.

“Saya juga tidak mahu serp!han kaca ros4kkan kenderaan pengguna jalan raya lain,” kata pengguna jalan raya, Nor Ain Shazwani Juahir.

Nor Ain, 27, berkata, dia kebetulan berada di lorong tengah dan melihat seorang lelaki memberhentikan motornya untuk mengalihkan serp!han kaca yang jatuh di atas jalan.

Tanpa berfikir panjang Nor Ain segera memberhentikan keretanya sebelum membantu pemuda terbabit mengutip serp!han kaca yang bertabvran di Lebuhraya Persekutuan.

“Saya nyalakan lampu kec3masan sebelum turun dari kereta bagi mengurangkan ris!ko kemal4ngan dan sebagai pemberitahuan kepada pengguna jalan raya lain.

“Tidak lama selepas itu, ramai penunggang motosikal turut turun membantu mempercepat kerja mengalihkan serp!han kaca itu.

“Ada juga pemandu kereta yang turut menghulurkan kain bagi mempermudahkan kami mengalihkan kaca itu ke tempat yang lebih selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Detik c3mas itu dikongsikan Nor Ain di Facebook hasil rakaman ‘dashcam’ kereta dipandunya itu.

Katanya, kejadian serp!han kaca bertabvran di jalan raya itu dipercayai berlaku disebabkan cermin dinding panjang yang jatuh dari lori.

“Ada dalam empat penunggang motosikal turut sama membantu membersihkan jalan itu dan kami dapat selesaikan dalam masa 15 minit sahaja,” katanya.

Dia yang berasal dari Melaka Baru, Melaka itu tidak menyangka tindakan spontannya itu mendapat reaksi positif warganet.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan selain terinspirasi dengan tindakan kami itu.

“Kejadian itu membawa makna besar dalam hidup saya kerana kebetulan hari jadi saya keesokannya,” katanya.

Tambahnya, dia turut teruja apabila Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani memuat naik status di Facebook memuji tindakan dia dan beberapa anak muda lain yang ada dalam video berkenaan.

“Teringat saya kepada suatu hadis Nabi SAW yang memperihalkan kisah seorang hamba Allah yang dianugerahkan syurga dek kerana amalnya iaitu membuang dahan pokok di jalanan.

“Semoga kebajikan yang dibuat itu, mempunyai nilai di sisi Allah, bahkan menjadi suatu inspirasi buat umat Islam di Malaysia untuk sama-sama melakukan kebaikan, tanpa memikirkan kepentingan peribadi semata-mata,” katanya.

Sumber-MH