“Luqman Hakim” Saya Tidak Kecewa Apa-Apa, Semuanya Bagus

Kuala Lumpur: Selepas empat bulan berada di Belgium, penyerang kelab KV Kortrijk (KVK) dari Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin mengakui mula merindui masakan tempatan.

Dia yang baru pulih daripada keced3raan hamstr!ng amat merindui masakan ikan singgang berserta budu yang juga makanan kegemarannya.

Luqman, 18, sebelum ini menjalani proses pemulihan selepas mengalami keced3raan hamstring di mana otot paha kanannya disahkan k0yak 2 sentimeter dan perlu berehat tiga minggu.

Keced3raan itu dialami ketika menjalani sesi latihan sehari selepas perl4wanan menentang RSC Anderlecht pada 24 Oktober lalu.

Jelas Luqman, sekiranya dapat kembali ke tanahair ketika cuti pra musim sa!ngan Liga Jupiler Belgium nanti, menu pertama yang akan dicarinya sudah tentu ikan singgang dan budu.

“Setakat ini, makanan Malaysia memang ada rindu sebab kita duduk negara luarkan, makanan dia orang lain (Belgium) dan sihat-sihat semuanya. Saya kat sini pun amalkan makanan yang sihat-sihat.

“Jadi, rindu sangat ikan singgang lah dengan budu…itu biasa (rindukan masakan negara). Saya (di Belgium) aturkan sendiri program makanan saya. InsyaAllah kalau dapat balik Malaysia nanti, kita gomo lah (ikan singgang dan budu), kita gomo, kita gomo,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu tonggak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu muncul pemain pertama negara yang beraksi di pentas utama liga Eropah apabila meng!kat kontrak selama lima tahun dengan KVK.

Dia yang lahir daripada Program Pembangunan Bolas3pak Negara (NFDP) tidak menunggu lama untuk memperagakan imp4knya apabila sudah mel3dak dua gol buat skuad B-21 KVK sebelum ini.

Ketajamannya berjaya menambat hati pengurus KVK, Yves Vanderhaeghe yang menurunkan bintang muda sensasi negara itu ketika men3ntang RSC Anderlecht sekaligus melakar sejarah sebagai anak tempatan pertama tampil di liga Belgium.

Berkongsi kehidupannya di Kortrijk, dia gembira dan mahu memberi 100 peratus fokus kepada kerjayanya di negara yang menduduki ranking nombor satu dunia itu.

“Saya gembira sangat, saya tak tertekan apa-apa. Saya tak ada kec3wa apa-apa, rindu itu biasalah, rindu keluarga dan semuanya. Kita sebagai pemain duduk di luar dengan keluarga angkat kat sini, itu perkara biasa.

“Apa yang saya buat sekarang fokus kepada bola s3pak saya, dan saya gembira di sini. Layanan mereka di sini semuanya bagus,” katanya.

Sumber-MH