Sebulat Suara Menyatakan Sokongan Terhadap Keputusan Tersebut

ALOR SETAR: Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolas3pak Kedah Darul Aman (KFA) sebulat suara menyatakan sokongan terhadap keputusan presiden badan induk itu, Muhammad Sanusi Md Nor untuk memberh3ntikan rundingan pengambilalihan 80 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC) oleh sebuah syarikat tempatan.

Menerusi kenyataan media rasmi yang dikeluarkan hari ini, mereka juga menyokong pengumuman Sanusi bahawa KDA FC akan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat Darul Aman Football Club Sdn. Bhd.

Malah, mereka bersetuju supaya KFA terus membuka pintu rundingan dengan mana-mana pihak yang ingin membuat penawaran lebih lestari dan menguntungkan kedua-dua pihak dalam isu pemilikan saham KDA FC di masa akan datang.

“KFA menek4nkan bahawa setiap tawaran yang dilakukan biarlah bermaksud untuk pemilikan saham tanpa membabitkan galang ganti hak rakyat negeri Kedah.

“Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA percaya kepada kebijaksanaan presiden dalam membuat keputusan dan sudah tentu ia selepas mempertimbangkan semua aspek teknikal dan perundangan, cadangan pelaburan syarikat tersebut tidak dapat dipersetujui kerana membabitkan aset utama rakyat negeri Kedah,” menurut kenyataan itu.

Rabu lalu, KFA menamatkan rundingan bersama sebuah syarikat automatif yang sebelum ini berhasrat memiliki 80 peratus saham KDA FC.

Sanusi berkata, perkara itu diputvskan selepas pihaknya tidak bersedia memenuhi beberapa permintaan syarikat terbabit yang dianggap terlalu besar.

“Permintaan mereka terlalu besar. Antaranya tanah yang masih berstatus pertanian hendak ditukar kepada tanah industri, lepas itu ada cara bayaran yang saya tidak dapat beri kelulusan kerana ia akan mendatangkan kerug!an kepada rakyat Kedah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman.

Sumber BH