Sekarang Siapa Berani C4bar..

AKHIRNYA sebuah penantian yang meny3ksakan berakhir dengan kejayaan yang pasti syahdu dan menitiskan air mata khususnya kepada pemain, pegawai serta peminat tegar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019/20, Liverpool yang menamatkan kem4rau kejuaraan 30 tahun selepas kali terakhir dimenangi pada 1989/90.

Biarpun berbaki tujuh permainan lagi, Liverpool sudah mengumpul 86 mata daripada 31 perl4wanan, 23 mata di hadapan penc4bar terdekat iaitu Manchester City yang sudah tidak mampu untuk mem!ntas terutama selepas kecvndang 1-2 kepada Chelsea pagi Jumaat lalu.

Sebenarnya ini hanya keraian tertangguh yang sepatutnya diraikan lebih awal pada Mac atau April lalu jika tidak kerana pand3mik COVID-19.

Saya bukan peminat tegar kepada mana-mana pasukan EPL. Namun, ucapkanlah tahniah walaupun anda bukan penyokong Liverpool. Setiap pertandingan itu ada menang kalah. Tidak selamanya kita akan menjadi juara. Yang menang kita ucapkan tahniah, yang t3was atau yang muncul naib juara atau tempat ketiga dan seterusnya, kita juga ucapkan syabas dan semoga berusaha lebih gigih pada musim akan datang.

Itu baru peminat sukan yang sejati. Lagi pun kita hanya antara sekumpulan kecil penyokong yang melata di seluruh dunia, tiada maruah yang terg4dai atau terl0ndeh andai pasukan kesayangan anda t3was atau terc0rot sekalipun.

Justeru, jangan perl3keh, jangan kec4m, dan jangan pers3ndakan kejayaan pasukan lain. Saya sedar memang ada yang sanggup berdoa agar Liverpool terus kempunan. Malah jika imbas kembali musim 2018/19 situasinya juga panas apabila ada yang berubah kiblat sokongan secara drast!k kepada pasukan lain semata-mata tidak mahu kejuaraan menjadi milik skuad The Reds.

Secara kebetulan mungkin doa mereka dimakbulkan apabila Liverpool kempunan dengan perbezaan tipis satu mata di belakang juara Manchester City. Biarpun yang muncul juara bukan pasukan kesayangan mereka, pastinya peminat golongan ini merasa begitu puas asalkan bukan pasukan keb3ncian mereka itu yang muncul juara.

Namun episod 2019/20 ternyata bukan pencapaian yang ‘bishe-bishe’ oleh Liverpool. Ini pencapaian luar biasa dengan pelbagai catatan sejarah. Baki tujuh perlaw4nan lagi mungkin membolehkan Liverpool mencatat sejarah kemenangan terbanyak (sekarang 28) melebihi 32 perl4wanan oleh Manchester City 2017/18 & 2018/19).

Pasukan ini turut mencatat perbezaan mata tertinggi sebagai pendahulu liga iaitu 25 mata sewaktu EPL ditangguhkan akibat COVID-19 Mac lalu. Liverpool juga pasukan tuan rumah yang mencatat 21 perl4wanan tanpa t3was. Kejayaan men3waskan West Ham United 3-2 pada Februari lalu memadamkan rekod 20 perl4wanan tanpa t3was selaku tuan rumah oleh Manchester United dan Manchester City.

The Reds juga sudah men3waskan semua pasukan EPL musim ini. Sejarah juga bakal tercipta untuk pungutan mata terbanyak semusim mengatasi pencapaian 100 mata oleh City sebelum ini. Hanya 14 mata daripada 21 mata keseluruhan diperlukan oleh Liverpool.

Ternyata Liverpool turut memiliki pengurus terhebat musim ini apabila Jurgen Klopp turut mencatat sejarah dinobatkan selaku pengurus terbaik bulanan sebanyak lima kali daripada tujuh kali anugerah setakat ini.

Pencapaian muncul juara Piala Kelab Dunia pada Disember tahun lalu buat kali pertama serta trofi idaman juara EPL musim 2019/20 ini sekali gus menyaksikan Liverpool mengumpul 63 trofi kejuaraan (Manchester United 66) dan 19 kejuaraan liga (Manchester United 20).

Reaksi daripada Craig Burley, bekas pemain Chelsea dan Scotland dan juga penganalisis bola sepak ESPN menyifatkan pasukan Liverpool musim ini adalah ‘model penguasaan dan konsisten’.

Tahniah sekali lagi kepada Liverpool dan penyokong-penyokongnya.

Sumber-BH