Selangor FC Boleh Membantu JDT Sekiranya Ini Yang Terjadi

KUALA LUMPUR: Selangor boleh membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk berada lebih selesa di puncak Liga Super sekiranya berjaya men3waskan Kedah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Kedah yang menghuni tangga kedua dan mengumpul 13 mata menjadi pasukan paling berpotensi menggvgat kedudukan JDT ketika ini selepas hanya dibezakan satu mata dengan skuad Harimau Selatan.

Bagi Selangor pula, tiga mata di gelanggang sendiri pasti menjadi burvan utama mereka terutama dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam liga apabila ketinggalan enam mata di belakang JDT dan menghuni tangga ketujuh.

Kehadiran penyokong hadir ke stadium buat kali pertama juga dilihat mampu menambah kekuatan buat anak buah Karsten Neitzel untuk menjinakkan Kedah yang hanya t3was sekali selepas enam perl4wanan musim ini.

Malah, Neitzel turut menganggap kemenangan 2-0 ke atas pasukan sedang berg3lut, UiTM FC memberi motivasi buat pemainnya untuk berdepan Helang Merah.

“Ya, tiga mata (berdepan UiTM) sangat penting bagi kami sebelum berdepan Kedah dalam aksi seterusnya,” kata Neitzel.

Selangor dilihat berdepan prestasi tidak menentu selepas menang dua kali, seri dua kali dan turut kal4h dua kali dalam enam perl4wanan musim ini.

Namun, Red Giants boleh dianggap bernasib baik apabila mereka bakal mel4yan kunjungan Kedah tepat pada masanya apabila penyokong sudah dibenarkan masuk ke stadium bermula malam ini dengan 2,000 tiket sudah dijual secara online.

Sumber BH