Selangor FC Pasang Keazaman Yang Tinggi

SELANGOR FC melaungkan keazaman untuk mer4mpas trofi Liga Super daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang sa!ngan Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan membuka tirainya pada penghujung Februari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, sas4ran itu sememangnya selaras dengan cab4ran yang dil0ntarkan kepada skuad The Red Giants pada setiap musim.

Menurutnya, Selangor FC yang kini dibimbing pengendali baharu kelahiran Jerman, Karsten Neitzel memasang impian untuk menyekat dominasi JDT yang terlalu gah menjuarai Liga Super selama tujuh musim berturut-turut.

“Sudah tentu JDT sekali lagi diletakkan sebagai pasukan pilihan. Dengan tujuh kejuaraan Liga Super yang dimenangi sebelum ini, tidak mustahil mereka meletakkan sa4aran untuk muncul juara kali kelapan.

“Bagi Selangor FC, kami akan sekali lagi cuba memberikan sa!ngan kepada JDT dalam misi membvru kejuaraan liga. Kami akan memperkemas semula skuad sedia ada dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Sas4ran kami tetap sama seperti beberapa musim lalu yang mana kami mahu sekali lagi muncul juara Liga Super. Kami akan cuba berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan sas4ran itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebagai rekod, kali terakhir Selangor muncul juara Liga Super adalah pada musim 2010. Selangor muncul sebagai pasukan kedua menjuarai Liga Super dalam tempoh dua musim berturut-turut selepas Kedah melakukannya pada edisi 2007 dan 2008.

Dalam pada itu, Johan berkata, Selangor FC masih dalam proses rundingan untuk membawa masuk pemain tempatan serta import baharu bagi memperkuatkan cabaran The Red Giants musim depan.

“Setakat ini, masih belum ada kata putus dibuat mengenai pemain-pemain baharu Selangor FC. Insya-ALLAH, sampai masanya nanti kami akan membuat pengumuman secara rasmi,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Selangor FC, Michael Feichtenbeiner memberitahu, kehadiran lima pemain muda Selangor 2 mampu menjelmakan aura baharu kepada The Red Giants.

“Mereka bakal bergandingan bersama pemain senior dan pada masa sama, ia dapat memperbaiki corak permainan mereka. Dengan adanya pemain baharu ini, Selangor akan terdiri daripada gabungan pemain berpengalaman dan muda.

“Saya yakin bahawa Selangor mempunyai pemain yang selaras dengan gaya bola s3pak kami,” katanya.

Sumber-SH