Selangor FC Perlu Manfaatkan Peluang

KUALA LUMPUR: Selangor FC boleh mendaki sekurang-kurangnya satu lagi anak tangga ke kedudukan keempat Liga Super sekiranya berjaya menew4skan Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Kedudukan keempat ketika ini dihuni Penang FC dengan hanya dibezakan dua mata dari Selangor di tangga kelima dan skuad Red Giants memiliki peluang untuk berada dalam kelompok empat teratas apabila Penang akan berdepan Sri Pahang, malam esok.

Malah, skuad kendalian Karsten Neitzel itu juga mempunyai peluang mer4mpas kedudukan ketiga dari Kedah Darul Aman FC (KDA) dengan syarat Helang Merah tew4s sekurang-kurangnya dengan tiga gol tanpa b4las kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Darul Aman.

Selain meng!ntai peluang untuk memperbaiki kedudukan, Neitzel juga sudah pasti mahu melakar kemenangan hatrik selepas berjaya men3waskan Perak dan Melaka United dalam dua aksi terakhir sebelum ini.

Pengendali dari Jerman itu bagaimanapun menuntut anak buahnya tidak memandang mudah terhadap kemampuan Sabah walaupun lawan mereka berada di kedudukan kelapan liga.

“Apa yang saya belajar selepas beberapa bulan di Malaysia, ia bukan perl4wanan mudah (men3ntang Sabah), sebelum ini Sabah beraksi dengan baik berdepan UiTM dan kami perlu berhati-hati.

“Sudah pasti kami perlu fokus kepada persembahan kami, itu perkara paling penting. Mempertingkatkan apa yang kami boleh lakukan,” kata Neitzel.

Sementara itu, KDA pula dianggap memiliki peluang cerah untuk mer4mpas kedudukan kedua dari Terengganu FC (TFC) selepas skuad Penyu hanya akan beraksi, esok men3ntang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu kini mengumpul 17 mata selepas mengh4rungi sembilan perl4wanan dan hanya satu mata di belakang TFC.

Sumber BH