Selangor FC Tak Perlu Menumpang

KUALA LUMPUR: Menjelang s4ingan Liga Super yang kembali bersambung Sabtu ini, tiga pasukan iaitu Selangor FC, Petaling Jaya (PJ) City FC dan UiTM FC masing-masing dibenarkan kembali menggunakan gelanggang tuan rumah dalam menamatkan baki k3mpen musim ini.

Dalam kenyataan Liga Bola S3pak Malaysia (MFL) hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan Selangor FC dan PJ City FC masing-masing kembali beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sementara UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kaw4lan Pergerakan Diperket4tkan (PKPD) di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Ab Ghani berkata selain tiga pasukan itu, dua pasukan Liga Premier iaitu Negeri Sembilan FC dan Skuad Projek FAM-MSN masing-masing turut dibenarkan kembali beraksi di venue asal di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi dan Stadium UiTM.

“Berdasarkan perkembangan terkini diumumkan kerajaan, pasukan yang sebelum ini berada di kawasan PKPD kini dibenarkan menggunakan venue masing-masing selepas PKPD ditamatkan termasuk daerah Seremban petang ini untuk membolehkan Stadium Tuanku Abdul Rahman digunakan pasukan Negeri Sembilan FC,” katanya.

“Ini sudah pasti berita yang menggembirakan buat pasukan terbabit memandangkan sebelum ini mereka tidak dibenarkan beraksi di venue dalam kawasan PKPD dan diminta mencari venue lain,” katanya.

Sementara itu, perkembangan terkini menyaksikan perlaw4nan di antara UiTM FC mel4wan Perak FC yang sebelum ini dijadualkan pada 8 Ogos ini di Stadium Majlis Perbandaran Manjung diawalkan sehari di Stadium UiTM.

Selain itu, Ab Ghani berkata MFL telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran khas kepada pasukan Liga Malaysia susulan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 di Sabah yang menyaksikan individu memasuki negeri itu perlu menjalani kuar4ntin selama 14 hari.

“Kami berharap, permohonan bagi mendapatkan kebenaran khas daripada Jawatankuasa Pengurusan Benc4na COV!D-19 Negeri Sabah akan diluluskan,” katanya.

Ab Ghani juga berterima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Benc4na Negeri Sarawak yang membenarkan pasukan Sarawak United FC dan Kuching City FC berlatih secara fizikal selain kebenaran beraksi di Stadium Negeri, Kuching buat kali pertama musim ini.

Sumber-BH