Semoga Ada Keajaiban

“SAYA ada dengar m4ngsa selamat beritahu suami sempat berpaut pada pelampung, jadi saya menaruh harapan suami balik dalam keadaan selamat,” kata Siti Ayu Ishak.

Siti Ayu, 30, adalah isteri kepada Arman Ismail, 43, yang masih hil4ng bersama dua lagi m4ngsa iaitu Harun Daud, 57, dan Che Wadi Bakar, 40-an.

Siti Ayu berkata, Arman tidak suka turun ke laut, namun kali ini dia beria-ia mahu mengikuti bapa saudara kepada birasnya, Azhar Mat Nisah, 48, yang juga t3kong bot turun ke laut untuk memancing dan mencandat sotong, petang semalam.

Katanya, suami baru empat kali keluar memancing ke laut dan kali ini dia kelihatan seronok mahu mengikut Azhar membawa pemancing dari Pasir Mas untuk memancing dan mencandat sotong.

“Daripada cerita m4ngsa selamat, mereka beritahu dalam keadaan kel4m kabvt, Azhar cuba menyelamatkan semua penumpang termasuk suami.

“Anak Azhar kata dia sempat capai tangan suami saya, namun terlepas kerana ribvt kuat, tetapi Azhar pantas menc4mpakkan pelampung kepada suami yang terj4tuh dalam laut.

“Dari situ, saya berdoa, suami kuat semangat dan bertahan jika betul dia sempat capai pelampung sebelum hanyut dit3lan ombak,” katanya ketika ditemui di Jeti Perikanan Kemasin, di Bachok, hari ini.

Siti Ayu berkata, walaupun suaminya hil4ng selepas bot mereka terb4lik dilanda ribvt pada 8.30 malam tadi, namun dia tidak akan pvtus berdoa serta berharap ada keajaiban berlaku.

Katanya, kali terakhir dia bertemu suaminya pada tengah hari semalam selepas Arman menghantarnya pulang ke rumah keluarganya kerana mahu bermalam di laut.

“Saya tak sempat tatap betul-betul muka suami, apa pakaian dia pakai, dia kata hanya pergi untuk satu malam sahaja dan sepatutnya balik pagi tadi.

“Suami berniaga sendiri dan kami mempunyai tiga anak berusia sembilan, enam dan tiga tahun,” katanya.

Setakat 7 malam tadi, usaha mencari tiga lagi m4ngsa hil4ng diteruskan dan bot yang mereka naiki berjaya ditunda ke muara Kemasin bagi memudahkan pihak berkuasa mencari m4ngsa.

Sumber-MH