Senario Yang Kemungkinan Melanda Liga Malaysia

Kuala Lumpur: Senario awang import bertukar kepada naturalisasi kemungkinan melanda Liga Malaysia (Liga M) pada masa akan datang sekali gus menyaksikan lambakan pemain berkenaan dalam beberapa pasukan nanti.

Walaupun ketika ini hanya mempunyai dua pemain bertaraf naturalisasi namun di jangka terdapat peningkatan jumlah berkenaan dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang terutama membabitkan pasukan bertaraf gergasi.

Perkara terbabit dilihat mampu menjimatkan kuota awang import dengan mengisi kekosongan yang ada dengan pemain luar lain sekali gus mampu menguatkan lagi kesebelasan utama mereka.

Menurut bekas pemain bola s3pak kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail situasi berkenaan sebenarnya baik untuk pasukan negara dalam jangka masa pendek memandangkan ketika ini skuad Harimau Malaya masih lagi kekurangan pemain tempatan berkualiti.

Beliau berkata, pasukan atau kelab Liga M jangan terlalu t4ksub untuk mengambil pemain import sebagai naturalisasi jika kualiti yang ada pada mereka sama taraf dengan pemain tempatan.

“Saya boleh katakan pemain naturalisasi ini penting untuk skuad Harimau Malaya mencipta kejayaan di kejohanan antarabangsa kerana kita kekurangan pemain berkualiti.

“Namun, perlu diingatkan hanya pemain berkualiti dan lebih baik daripada pemain tempatan saja boleh dinaturalisasikan selain mempunyai jati diri tinggi kepada negara.

“Walaupun dilihat mungkin ada lambakan pemain naturalisasi nanti, namun pemain tempatan perlu berfikiran positif dengan meningkatkan lagi prestasi masing-masing untuk membarisi kesebelasan utama,” katanya.

Sebelum ini Arena Metro melaporkan skuad Harimau Malaya jelas bakal mendapat sunt!kan baharu dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun akan datang apabila Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) memantau hampir 10 pemain import untuk dinaturalisasikan nanti.

Timbalan Presiden Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM) Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, ketika ini, pihaknya akan menerima pemain naturalisasi ketiga negara iaitu awang import Perak, Guilherme De Paula yang dilihat mencukupi segala syarat pada Mac 2021.

Beliau berkata, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Gonzalo Cabrera dan Endrick Dos Santos pula akan memenuhi senarai nama berkenaan apabila statusnya akan bertukar kepada naturalisasi selepas cukup syarat lima tahun berturut-turut beraksi di negara ini.

Mengikut rekod, setakat ini terdapat dua pemain naturalisasi iaitu Sumareh dan terbaharu adalah Liridon Krasniqi.

Sumber-MH