Seorang Import Terengganu FC Ini Menarik Perhatian Netizen

Kuala Lumpur: Benar kata orang setiap rezeki yang kita dapat ters3lit juga hak individu lain.

Perumpamaan itu ada benarnya apabila baru-baru ini seorang pemain import Terengganu FC (TFC) Makan Konate menarik perhatian netizen apabila bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada seorang warga emas yang berniaga di kaki lima deretan kedai di Terengganu.

Menerusi laman Facebook keran irfan, pemain berasal dari Mali itu menghulurkan dua keping wang RM50 kepada warga tua berkenaan yang dikatakan berniaga kain pelikat.

“Pok (pakcik) ini tak minta sed3kah tapi dia jual kain pelikat di mana-mana kaki lima kedai. Nak jadi ke cerita import Ganu Makan Konate nak masuk kedai nasik arab bandor, napok la pok tu duk tawor kain pelikat.

“Makan Konate macam bagi isyarat dekat pokcik pahtu (selepas itu) buka beg duit bagi dua keping RM50 jadi RM100 laa.

“Alhamdulillah satu contoh dan sifat yang baik ditunjukkan oleh Makan Konate ..nampak di wajah pok tu sgt gembira,” katanya.

Menurutnya lagi, warga tua itu sememangnya kerap menjaja kain pelikat di sekitar bandar terbabit menggunakan basikalnya.

Mengikut r3kod, pemain tengah berusia 30 tahun yang juga bekas kapten pasukan Persebaya Surabaya dalam Liga Indonesia meng!kat kontrak setahun bersama TFC.

Sumber MH