Sharbinee Teruja Pegang, T3ndang Bola

PENJAGA gol Pahang, Sharbinee Allawee Ramli tidak menafikan tempoh lebih tiga bulan tidak turun berlatih di padang bersama bola memberi kesan terhadap gaya persembahan.

Biarpun menjalani latihan dengan melakukan bal!ngan bola ke dinding, bekas pemain gol kebangsaan itu mengakui latihan itu tidak sama seperti yang dilakukan di padang bersama jurulatih.

“Bagi saya, sebagai seorang penjaga gol, latihan di padang dengan dikendalikan oleh jurulatih penjaga gol adalah latihan asas yang terbaik.

“Ini kerana latihan yang dipantau oleh jurulatih akan memberi lebih tumpuan dan fokus terutama daripada sesi teknik seperti tangk4pan dan kepantasan.

“Selain itu, teknik tend4ngan juga turut diambil kira bagi menilai prestasi semasa. Apa yang saya inginkan ialah kembali berlatih untuk menilai kemampuan diri.

“Saya juga bersyukur kerana berjaya mengekalkan berat badan walaupun hanya melakukan latihan bersendirian sejak penangguhan Liga Malaysia (Liga M) Mac lalu,” katanya.

Ditanya kemungkinan kemahiran daripada segi tangk4pan dan pergerakan sedikit menurun, Sharbinee tidak bimbang dengan keadaan itu.

Katanya, sebagai pemain, keadaan itu mampu ditangani dalam tempoh singkat kerana segala kemahiran sudah ada dan hanya perlu dipertingkatkan sepanjang sesi latihan nanti.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), soal kecergasan memang menjadi keutamaan saya dalam mengekalkan stamina.

“Sebaik dibenarkan berjoging, saya melakukannya dalam usaha meningkatkan tahap kecergasan berbanding sebelum ini hanya berlatih di rumah,” katanya.

Sumber-MH