Siap ada kedai runcit sendiri

Presiden R0h1ngya MERHR0M, Zafar Ahmad siap ada kedai runcit sendiri

KUALA LUMPUR – Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri, itu peribahasa sesuai untuk kehidupan se0rang pel4rian etn1k R0h1ngya, Zafar Ahmad Abdul Ghani, 43, yang tetap merindui kampung halamannya di Buthidung, Myanm4r.

Biarpun hampir 24 tahun menetap di Malaysia, perasaan rindu masih menebal terutama mengenangkan ibu bapa serta adik beradik di kampung halaman apatah lagi sekarang masyarakatnya sedang dit1ndas.

Katanya, dia merindui pulut dan ayam goreng masakan ibunya, malah dua menu itu antara yang ter4khir dijamah kerana ia dibekalkan ibunya ketika dia mel4rikan diri dari Myanmar.

“Saya masih mahu pulang ke negara asal jika suatu hari nanti ditakdirkan Myanm4r sudah aman, saya masih ada keluarga dan adik beradik yang sudah lama dirindui.

“Jauh mana pun saya pergi, Myanmar masih di hati kerana di negara itu saya dilahirkan dan dibesarkan sehingga umur 17 tahun,” katanya.

Menurut Zafar, dia sudah berkeluarga dan memiliki tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun hasil perkahwinan dengan rakyat Malaysia dan kini hidupnya semakin selesa dan memiliki perniagaan kedai runcit bersama isterinya.

Zafar Ahmad Abdul Ghani merupakan Presiden Persatuan H4k Asasi Etnlk R0hlngya Malaysia (MERHROM)

Menceritakan pengalamannya, Zafar berkata, banyak pengalaman per1t dilaluinya sebelum tiba di Malaysia apabila dia antara orang yang dikeh3ndaki kerajaan Myanm4r kerana menjadi seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang l4ntang menvntut hak asasi etnlk R0hlngya.

“Saya dipvkul dan dikvrung di sebuah bilik gelap oleh tent3ra Myanm4r kerana kel4ntangan bersuara menvntut hak raky4t R0hlngya.

“Tapi, syukur saya mel4rikan diri. Dengan berbekalkan sedikit wang, saya nekad berhijrah ke Malaysia melalui Thailand pada 1992.

“Tetapi, ia tidak semudah itu apabila saya juga 15 kali dit4ngkap pihak berku4sa negara ini kerana tidak memiliki dokumen diri, tetapi kerajaan Malaysia prlhatin dengan membantu saya mendapatkan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pel4rian (UNHCR),” katanya.

Zafar yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Etnlk R0hlngya Malaysia (MERHROM) berkata, sebelum berkahwin, pelbagai pekerjaan dilakukannya untuk menyara hidup dan pekerjaan pertamanya di sebuah kilang kitar semula di Klang.

Katanya kini perniagaan kedai runcitnya semakin berkembang dan diterima penduduk setempat yang t1dak pernah mem1nggirkan dirinya.

Katanya kedai runcitnya menjual barangan basah dan kering dibuka sejak lapan tahun lalu di lot kedai sebuah apartmen dekat Taman Cheras Utama.

“Banyak dugaan dilalui kerana taraf saya sebagai warga R0h1ngya, mujur keluarga isteri banyak membantu menguruskan kedai runcit termasuk meminjam wang untuk modal membeli barang.

“Dulu saya naik motosikal pergi beli barang niaga, kerana kas1han ibu mentua menyuruh saya membayar keretanya bernilai RM4,000 untuk urusan niaga.

“Alhamdulillah selepas banyak duga4n dilalui, kedai runcit ini semakin diterima baik masyarakat Rohingya di sini dan penduduk setempat,” katanya.

kedai runcit Zafar di Cheras

Selain sibuk menguruskan kedai runcitnya, Zafar yang juga aktif dalam bidang khidmat komuniti sos1al etnlk R0hlhngya di Malaysia.

Menurutnya ketiadaan dokumen sah dari kerajaan Malaysia menyebabkan pergerakan rakyat itu terb4tas di negara ini khususnya untuk menyara kehidupan, mencari pekerjaan dan pendidikan.

“Saya memohon kerajaan Malaysia memberi dokumen sah bagi membolehkan rakyat R0hlngya bergerak bebas sedikit seperti memiliki lesen kenderaan dan paling utama membenarkan anak mendapatkan pendidikan.

“Disebabkan ket1adaan dokumen sah, kami sugar mencari kerja. Dan kerana itu juga ada rakyat R0hlngya melggar und4ng2 untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Jelas Zafar lagi, jika diberikan peluang dia mahu melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi dalam bidang sains politik yang tertangguh ketika beliau di Myanm4r.

Sumber : Hmetro

Artikel asal oleh Harian Metro pada : Sabtu, 10 Disember 2016