Sri Pahang FC Beri Keyakinan Gandingan Dua Import Tersebut

KUANTAN: Sri Pahang FC mengesahkan pemain pertahanan import kelahiran Perancis, Mamadou Wague menyarung jersi pasukan itu bagi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, Wague yang memiliki kerakyatan Lubnan didaftarkan sebagai pemain import Asia.

Katanya, pengalaman yang dimiliki pemain berumur 31 tahun itu diyakini mampu mengukuhkan benteng pasukan itu.

“Pada masa sama, Wague yang memiliki ketinggian 1.91 meter akan bergandingan dengan Herold Goulon yang juga bekas rakan sepasukan ketika beraksi di Liga Perancis.

“Saya percaya gandingan dua pemain berpengalaman ini di bahagian pertahanan akan membantu meng3kang asakan l4wan,” katanya.

Berdasarkan rekod, Wague pernah bermain bersama kelab liga bola sepak Perancis (Ligue 2), Le Mans.

Wague juga pernah beraksi dengan kelab Iraq, Al Shorta dan membantu kelab itu menjuarai Liga Premier Iraq.

Kehadiran Wague, Sri Pahang yang dilatih jurulatih import, Thomas Dooley memiliki empat import termasuk Goulon, Sergio Aguero dan Lee Tuck.

Difahamkan, Sri Pahang kini berusaha melengkapkan lima kuota import dengan memberi fokus kepada pemain di posisi ser4ngan dari Asia Tenggara.

Sumber-BH