Sri Pahang FC Dan Sabah FC Tampak Tidak Berminat

Kuala Lumpur: Dua pasukan Liga Super, Sri Pahang FC dan Sabah FC tampak tidak berminat untuk mewakili negara di pentas Asia apabila disahkan kedua-dua pasukan itu tidak menghantar permohonan Lesen Konfederasi Bolas3pak Asia (AFC) bagi musim 2022.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Liga Bolas3pak Malaysia (MFL), hanya 11 pasukan sudah menghantar pengesahan permohonan untuk Lesen AFC itu.

Daripada jumlah itu, 10 daripadanya adalah dari pasukan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Melaka United FC, PJ City FC, Perak FC, Kedah Darul Aman FC, Selangor FC, Penang FC, Terengganu FC, UiTM FC dan Kuala Lumpur United FC.

Manakala, Sarawak United FC pula menjadi satu-satunya wakil tungg4l dari Liga Perdana yang menghantar pengesahan permohonan Lesen AFC.

Dalam perkembangan sama, MFL juga mengesahkan 18 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sudah menghantar pengesahan permohonan untuk Lesen Kebangsaan bagi musim depan.

Semua pasukan termasuk yang beraksi di Liga Super dan Liga Perdana sudah memohon Lesen Kebangsaan di mana tarikh pengesahan permohonan Lesen AFC dan Lesen Kebangsaan sudah ditutup pada 9 Februari lalu.

Untuk itu, semua pasukan yang memohon lesen terbabit harus mengemukakan dokumen penilaian atau Sistem Pentabiran Pelesenan Kelab AFC (CLAS) seperti Kriteria Personel & Pentadbiran sehingga 31 Mac, diikuti Kriteria Undang-Undang (15 April), Kriteria Sukan (31 Mei), Kriteria Infrastruktur (15 Jun), Kriteria Perniagaan (30 Jun) dan Kriteria Kewangan (30 Julai).

Menurut Unit Pelesenan Kelab MFL, pengumuman kelab-kelab yang memohon Lesen AFC bagi musim 2022 itu adalah pemakluman awam kepada semua pihak.

“Unit Pelesenan Kelab MFL memberikan informasi ini kepada awam untuk memastikan sebahagian pihak memahami berhubung perkembangan terkini berkaitan permohonan lesen bagi musim 2022 dalam pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC (ACC) serta Lesen Kebangsaan yang membabitkan Liga Super dan Liga Perdana,” katanya.

Sebagai rekod, Unit Pelesenan Kelab MFL sudah mengadakan sesi taklimat bersama kelab Liga-M pada 20 dan 21 Januari lalu, seterusnya sesi pengenalan First Inst4nce Body (FIB) pada 2 Februari disusuli tiga hari kemudian App3als Body (AB) dan Club Professionalization T4sk F0rce (CPTF) pada 6 Februari lalu.

Sumber: MH