Status Dua Import Baharu Sabah

Pasukan Sabah dilap0rkan semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan dua pemain import baharu bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia musim ini.

Menurut perkongsian wartawan The Stars, T.Avineshwaran, dua pemain yang dimaksudkan ialah pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani serta pemain tengah skuad kebangsaan Gabon, Levy Madinda.

Saddil Ramdani sendiri sudah lama dikaitkan dengan Sabah sejak kelab itu dibimbing oleh jurulatih dari Indonesia iaitu Kurniawan Dwi Yulianto pada musim lalu.

Bagi Madinda pula, pemain yang pernah beraksi di Sepanyol, Grecee dan Turki itu bakal merasai pengalaman pertama beraksi dalam sa!ngan liga bola s3pak tanah air sekiranya berjaya meng!kat kontrak bersama pasukan dari Borneo itu.

Selain dua pemain di atas, Sabah dikhabarkan sudah mengenal pasti dua lagi pemain import iaitu seorang pemain pertahanan dari Eropah dan peny3rang dari negara Amerika Selatan.

Namun, identiti kedua-dua pemain import ini masih belum diketahui.

Sumber-VocketFC