Status Import Kedua Kelantan United FC

Pemain import ke-2 Kelantan United FC dari Jepun, Masashi Motoyama dilaporkan sudah berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Fukuoka menuju ke Malaysia untuk menyertai pasukan itu hari ini menurut beberapa media Kyushu.

Masashi Motoyama, pemain yang berusia 41 tahun itu merupakan bekas pemain skuad kebangsaan Jepun pertama akan beraksi dalam sa!ngan Liga Malaysia, dikatakan bukan sahaja bertindak sebagai pemain tetapi turut akan terlibat dalam memberikan bimbingan serta berkongsi pengalaman dengan pemain-pemain Kelantan United FC.

18 musim beraksi untuk kelab gergasi Kashima Antlers, pastinya banyak pengalaman dan ilmu bakal diturunkan kepada pemain-pemain tempatan dan peluang ini tidak datang dengan mudah terutamanya pemain Kelantan United.

Menurut artikel Soccer Digest Web, Masashi Motoyama meng!kat kontrak selama 1 musim dan akan menggunakan jersi no.10 bersama Kelantan United FC, dimana ketua jurulatih mereka Akira Higashiyama serta peny3rang Yuki Tanigawa yang dibawa dari Kuching FA selepas Yakult Malaysia bekerjasama dengan kelab tersebut.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama Masashi Motoyama akan beraksi secara profesional sejak memulakan karier pada tahun 1998 bersama Kashima Antlers.

Sumber-VocketFC