Status Import Melaka United Bagi Sa!ngan Musim Depan

Melaka: Pengurusan Melaka United (MU) hanya mengekalkan dua import musim ini bagi sa!ngan Liga Malaysia 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, dua import terbabit bekas adalah pemain kebangsaan Haiti, Sony Norde dan Jang Suk Won dari Korea Selatan.

Katanya, pengalaman Norde yang pernah menyertai skuad pembangunan Boca Juniors, Argentina dari 2008 hingga 2011 sebelum ke Mexico menyertai kelab San Luis B dan Altamira masih dituntut untuk beraksi cemerlang.

Menurutnya, pemain itu turut beraksi bersama kelab Bangladesh, Sheikh Russel KC dan SJD Club selain kelab terkemuka India Mohun Bagan dan Mumbai City FC dengan kelab terakhirnya sebelum menyertai MU ialah Zira FK yang beraksi dalam liga utama Azerbaijan, justeru dia diminta untuk lebih agr3sif sepanjang 2021 kelak.

“Norde juga harus memberi lebih baik pada sa!ngan musim depan kerana tugasnya sebagai peny3rang utama perlu dibuktikan kali ini.

“Suk Won juga sah kekal mengh4rungi musim baharu di bawah kendalian jurulatih Zainal Abidin Hassan,” katanya.

Pemain pertahanan terbabit bertindak cemerlang mengisi benteng tengah yang dilihat berjaya membentuk persefahaman yang positif dengan rakan sepasukan.

Baginya, perkembangan terbabit meletakkan MU perlu mencari pengganti Uche Agba dan Romel Morales yang dibebaskan.

Justeru, apa yang penting susunan Zainal diharap lebih jitu kali ini menerusi perubahan pasukan yang lebih ketara.

Sebelum ini, skuad terbabit turut mengekalkan khidmat posisi penjaga gol membabitkan Khairul Fahmi Che Mat (Apek), Norazlan Razali dan Ahmad Solehin Mamat.

Sumber-MH