Status Import Terkini Negeri Sembilan FC

Seremban: Kelab Bola S3pak Negeri Sembilan (NSFC) tetap mengekalkan kuota empat pemain import bagi mengh4rungi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dengan seorang daripada mereka sudah bersama pasukan manakala tiga lagi menjelang akhir minggu ini.

Pengurus merangkap ketua jurulatih, K Devan berkata, pemain import yang sudah bersama setakat ini ialah pemain tengah, Bae Beom Geun dari Korea Selatan.

Katanya, tiga lagi pemain membabitkan dua dari Brazil yang beraksi di posisi pertahanan dan ser4ngan dan pernah beraksi di Liga Indonesia manakala seorang lagi dari Cameroon.

“Dua daripada import berkenaan sedang dikuar4ntin dan seorang lagi pula dijangka tiba di sini (Seremban) pada 15 Januari ini. Nama-nama mereka akan diumumkan kemudian.

“Kehadiran mereka dijangka akan melengkapkan senarai pembentukan pasukan Negeri Sembilan musim ini yang terdiri daripada 18 pemain tempatan dan empat import,” katanya pada sidang media majlis pengumuman penajaan pakaian rasmi NSFC musim 2021, di Wisma Persatuan Bola S3pak Negeri Sembilan (PBNS), hari ini.

Majlis disempurnakan Tunku Besar Tampin merangkap Presiden PBNS, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri yang turut hadir Timbalan Presiden PBNS, Datuk Dr Razali Ab Malek.

Devan berkata, hampir 90 peratus yang menganggotai pasukan adalah pemain baharu manakala hanya tiga pemain musim lalu yang dikekalkan iaitu penjaga gol, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman, Danial Hadri Affendi Jagan (pertahanan) dan pemain tengah, A Selvan.

Sementara itu, Mohamad Zaquan Adha Radzak tidak menganggap pelantikannya sebagai kapten pasukan sebagai tekanan walaupun sandaran besar diletakkan barisan jurulatih dan pihak pengurusan NSFC.

Sebaliknya, bekas peny3rang Kedah itu menganggap ia sebagai cab4ran yang perlu di p!kul dan laksanakan demi untuk mengembalikan semula maruah dan reputasi pasukan itu dalam sa!ngan Liga M musim ini.

Sumber-MH